USRAH DAN MATLAMATNYA
Pengenalan Usrah

Bahasa Arab - Keluarga
Istilahnya - Kumpulan Afradul Muslimin (individu-individu muslim) yang beriman denagn agama Islam,berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.

Tujuan Usrah

1- Meningkatkan kefahaman ahli-ahli usrah dan membincangkan satu-satu masalah.

2- Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jama'ah.

3- Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai
''Din wa Daulah'',menghayatinya dalam kehidupan peribadi serta tindakan mendakwahkannya sebagai sistem hidup keluarga,masyarakat dan negara.

4- Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiyyah dalam kehidupan dan sensetif terhadap perkara yang tidak Islamik.

5- Mendidik perasaan ahli usrah supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-NYA.

6- Memupuk Ukhwah antara ahli sehingga dapat merasakan kemanisan Ukhwah.


Rukun-Rukun Usrah

1- Ta'aruf ialah Berkenal-Kenalan

Berkenal-kenalan secara lebih mendalam yang menimbulkan perasaan kasih sayang dengan tujuan Al-Hubbufillah.Sebagaimana Firman ALLAH TAALA :-


'' Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara... '' Al-Hujurat - Ayat 10





Mengenal daripada bab mufa'alah (daripada dua belah pihak) Salbi dan I¬jabi (memberi dan menerima).Kenal yang benar-benar kenal,tahu selok-belok tentang saudara kita,supaya kita dapat membuat dan mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.



2- Tafahum ialah Bersefahaman

Supaya membuat satu sikap,satu tindakan hasil daripada sama-sama faham,sama-sama beramal,sama-sama menjalankan perintah Allah,tunduk kepada kebenaran,muhasabah diri.
Awas,jangan sama sekali nasihat-menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada salah satu daripada yang lain,baik yang memberi atau yang menerima.





3- Takaaful ialah saling bantu-membantu

Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri.Maksudnya ahli-ahli usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya.Ia merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan,dan merupakan intisari dari ukhwah yang murni.

Mari sama-sama kita renungkan sabda Rasulullah s.a.w :-

''Sesungguhnya seseorang kamu pergi menunaikan keperluan saudaranya,lebih baik baginya daripada iktikaf di masjidku ini selama sebulan ''
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

  • Anda Ingin Iklankan di Sini? emailkan ke seindah_nasyeed@yahoo.com

    About Me

    My photo
    Maklumat Akademik 1996 - Tadika KEMAS spg.empat perlis. 1997-1998 - Sk. Simpang 4 1998-2002 - sk. Kubang Gajah 2003-2007 - Smk Agama Arau,Perlis 2008-2011 - Darul Quran Jakim 2011 - Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran.

    Followers

    Labels